Jumaat, 30 Ogos 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 tahun

hai, esok kita akan meraikan ulang tahun ke 56 tahun Negara yang merdeka. Kali ini, tema kemerdekaan Negara ialah Malaysia Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.

Iwan bersyukur dengan pejuang - pejuang Negara yang telah mempertahankan kedaulatan Negara kita, Malaysia.

OST Drama Jodoh Itu Milik Kita - Takkan Terpisah (Black)

hai, ni ade lagu tema untuk drama bersiri adaptasi novel Jodoh Itu Milik Kita yang dilakonkan Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Tajuknya ialah Takkan Terpisah nyanyian Black.
Lirik lagu :
Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

Iwan suka lagu nyanyian Black yang sangat sedap didengar. Iwan tengok video klipnya sangat menarik perhatian. Syabas. Jangan lupa untuk meneruskan menonton drama Jodoh Itu Milik Kita yang hangat di Astro Mustika Hd.

OST Drama Cinta Jannah - Angin Syurga (Misha Omar)

hai, ni dia lagu tema drama bersiri 24 episod, Cinta Jannah yang hangat ditayangkan di Slot Akasia TV3.Tajuknya ialah Angin Syurga nyanyian Misha Omar. Berikut ada sertakan lirik lagu sekali...

Baguskan nyanyian Misha Omar ! Jangan lupa meneruskan menonton drama Cinta Jannah yang mendapat respon yang positif...

Sabtu, 24 Ogos 2013

Sinopsis Drama Menjinak Ombak,mulai 5 Disember di slot Zehra TV3

Hai, saksikan drama terbaru lakonan Nur Risteena digandingan dengan Fekrul Khan menerusi drama Menjinak Ombak. Drama arahan Along Kamaludin ini akan mengisi slot Zehra TV3 sebanyak 13 episod.
Sinopsis Drama :
Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? (sumber : TV3)

Jangan lupa menonton kisah cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3.

Drama Mira Sofea mulai 26 ogos di Astro Prima

Hai, saksikan sebuah lagi drama terbaru arahan Along  Kamaludin menerusi drama Mira Sofea yang dibintangi Chacha Maembong, Ryzal Jaafar, Shaanaz Ahmad. Buat kali pertama Chacha pegang watak utama. Drama ini akan mula pada 26 Ogos ini di Astro Prima.


Sedikit sinopsis drama :
Mira yang merupakan seorang pelajar kelas masakan di kolej. Dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Dia rapat dan terlalu sayangkan ibunya. Mira juga digilai Ryan dan akibat menolak pinangan Ryan dia menerima pelbagai masalah dan mendapat nasib buruk sebelum bertemu kebahagiaan. Dia seorang yang tabah.

Ryan yang merupakan anak taukeh ikan bilis berjaya sehingga menyebabkan dia menjadi lelaki yang mementingkan diri. Ryan gemar menghabiskan duit keluarga dan pada masa yang sama, dia gilakan Mira. Dia menggunakan segala taktik dan cara untuk mendapatkan Mira. Dia juga angkuh, suka ambil kesempatan, tidak boleh terima jawapan 'tidak' serta akan menggunakan orang lain untuk mencapai impiannya.
 
Azlan yang pulang bekerja di luar negara. Dia merupakan seorang lelaki yang baik, penyayang, tekun, menghormati orang tua dan kuat pegangan agama.
 
Selain mereka, turut berlakon ialah Salina Saibi, Ku Fridah, dan Sharifah Shahora. Jangan lupa saksikan drama (Orange Three Production) 28 episod mulai 26 Ogos ini, 5 petang di Astro Prima (105).

Jumaat, 23 Ogos 2013

Sinopsis Drama Sangkar mulai 27 Ogos ini di Slot Ratu TV9

Hai, saksikan sebuah drama siri terbaru berjudul Sangkar. Drama arahan Fazli Yahya dan hasil cetusan idea oleh Sharifah Amani ini turut menampilkan pelakon seperti Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, dan Amee akan bermula 27 Ogos di Slot Ratu TV9.

Para Pelakon : Nabila Huda (Yasmin), Nazim Othman (Umar), Zul Arifin (Tuan Syed), Amee Sharmaine, Azizah Mahzan dan Eirma Fatima

Sinopsis :
Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan dua sahabat baik, Yasmin dan Umar yang mempunyai kehidupan berbeza.  Umar dibesarkan dengan penuh kemewahan manakala Yasmin pula hidup susah bersama ibunya.
 
Walaupun Umar memiliki segalanya, dia kekurangan kasih saying seorang ibu yang telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Bapanya, Tuan Syed kurang memberikan perhatian terhadapnya dan sering tiada di rumah.  Masa Umar banyak dihabiskan bersama Yasmin dan kawan-kawannya yang lain.  Kamsiah, ibu Yasmin yang dipanggil ‘girlfriend’ menjadi tempat Umar menumpang kasih.  Perhubungan mereka sangat akrab dan dalam diam Umar sebenarnya mencintai Yasmin.  Umar sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan Yasmin bahagia dan tidak merasa susah.
 
Setelah tamat persekolahan, mereka melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia kerana Umar tidak mahu berjauhan dengan Yasmin. Malangnya, Kamsiah jatuh sakit dan memerlukan belanja yang sangat besar untuk merawat penyakitnya itu.  Untuk menampung perbelanjaan untuk merawat Kamsiah, Yasmin terpaksa mencari kerja sambilan walaupun Umar mendesak untuk membantunya. 
 
Sehinggalah suatu hari, Yasmin terserempak dengan Tuan Syed yang menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya.  Umar menjadi marah apabila mengetahui Yasmin memilih untuk bekerja dengan bapanya dan membawa diri ke Spain kerana merasakan bapanya cuba merampas apa sahaja yang disukainya termasuklah Yasmin. Adakah Umar akan terus lari daripada masalahnya dan membiarkan bapanya merampas segala yang dimilikinya? Bagaimana pula nasib Yasmin setelah Umar pergi meninggalkannya? Pastikan anda setia mengikuti kesudahan drama 13 episod ini yang dibarisi pelakon berbakat, Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, Amee Sharmaine, Azizah Mahzan, Erma Fatima dan ramai lagi

Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbaru tersebut yang menggantikan drama ulangan Sirrun yang akan bermula 27 Ogos ini, sebanyak 13 episod di Slot Ratu TV9.

Isnin, 19 Ogos 2013

Sinopsis Drama Diandra, Slot Lestary Tv3

Hai, berakhirnya drama Kisah Cinta. ni dia drama terbaru bersiri, Diandra ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi dan mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip Shuhadatul Ain Zakaria. Menampilkan Nur Fathia sebagai Diandra, Aiman Hakim Ridza, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi.
Diandra
Sinopsis :
Diandra (Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.
Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.
Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.
Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.
Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.
Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.
Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal terjawab dalam Diandra.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 13 episode terbitan Asia Media Content (AMC)), Diandra menerusi slot Lestary di TV3, setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 20 Ogos 2013.

Ahad, 18 Ogos 2013

Drama Asmara Luna mulai 21 Ogos Di Slot Samarinda Tv3

Hai, drama terbaru Asmara Luna ini akan bertukar Slot dari slot Lestary kepada Slot Samarinda TV3. Drama 13 episod arahan Azman Yahya dan skrip Sofia J Rhyland ini akan bermula 21 Ogos 2013.Bintang utama drama ini ialah Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.


Teraju Utama Siti Saleha (Luna) dan Aidil Aziz (Adam).

Para Pelakon Siti Saleha (Luna), Shukri Yahaya (Habib), Aidil Aziz (Adam), Sofea Jane, Miera Liyana (Emma), Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.

 
Sinopsis :
Kisah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik. 

Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif.  Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak.

Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini, Luna terpaksa memikirkan cara untuk menjauhi Adam. Bagi membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas terhadap Luna, Adam mengajak Luna bertemu dengan keluarganya. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju. Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana gadis itu berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan, mereka tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya? Bagaimana pula dengan Habib? Dapatkah Luna bertemu dengan ibu kandungnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Asmara Luna’, mulai 21 Ogos ini setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

E-one : semakin bersinar pelakon Siti Saleha selepas drama Ruby dan Terlanjur Cinta.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Sinopsis Drama Adaptasi novel Jodoh Itu Milik Kita di Astro Mustika HD

Hai, ini ada sebuah lagi drama adapatasi Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha untuk Astro Mustika HD. Drama Jodoh Itu Milik Kita ini  diarahkan Jamal Khan manakala sentuhan skrip Rozie Rashid menampilkan pelakon seperti Tiz Zaqyah ,Farid Kamil,Syazwan Zulkifli, Nabila Huda, Ziela Jalil bermula 19 Ogos di Astro Mustika Hd.







 
 
Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod ini menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza), Zain Saidin (Jarrad) , Aishah Ilias (Teja) dan Lana Nordin (Yuni).

Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita :
Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.

Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.

Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).

Jangan ketinggalan untuk menonton drama, Jodoh Itu Milik Kita, 40 episode,mulai 19 Ogos, setiap hari isnin hingga rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD.

Selasa, 13 Ogos 2013

Sinopsis Drama Cinta Jannah mulai 14 Ogos di Slot Akasia TV3

Hai, sebuah tangan terbaru Sutradara Azmi Hatta menerusi drama Cinta Jannah yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Aeril Zafrel ini bakal bermula pada 14 Ogos menggantikan drama Demi Dia. Drama terbitan Orangethree ini akan menghiasi Slot Akasia sebanyak 24 episod.

Para Pelakon : Nelydia Senrose (Nur Jannah), Aeril Zafrel (Izaryl), Ramona Zam Zam (Damia), Reen Rahim (Balqis), Dian P.Ramlee (Tengku Zareena) dan Saharuddin Thamby (Abdullah),Ezany Nizariff (Suffian),Fadzillah Mansor dan Kartina Aziz.
Lagu Tema : Angin Syurga - Misha Omar

Sinopsis :
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Nur Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.


Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
 

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P. Ramlee), berasa amat marah.


Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.  Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? 


Untuk pengetahuan anda semua, Drama Syurga Tanpa Bidadari telah ditukar tajuknya menjadi Cinta Jannah. Saksikan drama bersiri 24 episod, Cinta Jannah menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, di TV3.Mampukah drama Cinta Jannah lakonan Nelydia menandingi drama sebelumnya, Setia Hujung Nyawa?

Sinopsis Drama Love In Paris, Slot Sinetron TV3

Hai, berakhirnya sinetron Annisa, TV3 akan menayangkan sebuah sinetron baru Love In Paris yang diarahkan oleh Iqbal Rais bermula pada 14 Ogos 2013 di Slot Sinetron TV3.


Para Pelakon : Dimas Anggara (Reno), Rio Dewanto (Rafa), Michelle Zudith (Yasmin), Yunita Siregar (Aqila), Marcella Daryanani (Alya), Haykal Kamil (Dygta), Navy Rizky Tavania (Amanda), Rana Audi Marissa (Tara), Ira Wibowo (Andin), Amara (Farah), Rocky Jeff (Kevin), Surya Saputra (Arif), Mathias Muchus (Rendra), Maeeva Amin (Jihan), dan Joshua Pandelaki (Dr. Firman)

Sinopsis :
Yasmin (Michelle Zudith) berangkat ke Paris atas undangan Pusat Kebudayaan untuk membuat pameran fotografi. Sesampainya di sana, ia tidak menemukan Rafa (Rio Dewanto), sahabat semasa kecilnya, yang ternyata telat menjemput. Kejadian tidak menyenangkan pun menimpa Yasmin, dua orang berandal menjambret kamera miliknya. Beruntung ada Reno (Dimas Anggara), pemuda kaya raya asal Indonesia, yang sanggup menolong Yasmin.

Dalam keadaan bingung, Yasmin yang berjalan kaki secara tidak sengaja melanggar Aqila (Yunita Siregar) hingga iPad milik Aqila jatuh dan hancur. Lantaran Yasmin tidak mempunyai wang untuk menukar Ipad tersebut, Aqila lantas memaksa Yasmin membantu membereskan apartmen miliknya.Tidak ada yang mengetahui kalau Aqila dan Yasmin sebenarnya adalah saudara kembar dari pasangan Arif (Surya Saputra) dan Farah (Amara). Keduanya tertukar akibat perbuatan Jihan (Maeeva Amin), sahabat Arif dan Farah.

Rupanya Jihan sakit hati kerana tidak boleh mempunyai Arif. Jihan yang berprofesional sebagai seorang doktor nekad mengambil satu anak kembar yang dilahirkan Farah. Kepada Arif dan Farah, perempuan itu mengatakan  bahawa salah satu bayi kembar mereka, yang setelah dewasa bernama Aqila, tidak boleh diselamatkan. Aqila kini kuliah di Perancis, dan menjadi sahabat Rafa. Di sisi lain, Aqila masih terus mengejar cinta Reno. Di Jakarta, Alya (Marcella Daryanani) kabur dari rumah kerana kesal pada kedua orang tuanya.

Adik Yasmin itu merasa kalau Arif dan Farah lebih menyayangi Yasmin ketimbang dirinya. Alya tidak pernah mengetahui bahawa perlakuan beda itu semata-mata kerana Yasmin divonis menderita leukimia dan didiagnosa berumur tidak lebih dari 20 tahun. Naas, Alya yang lari bersama Dygta (Haykal Kamil), kekasihnya, mengalami kemalangan hingga koma. Di rumah sakit tempat Alya dirawat, Arif dan Farah kembali bertemu Jihan. Di Perancis, Yasmin berjaya lari dari pangsapuri Aqila di tingkat lima melalui tingkap.

Pada saat bersamaan, Reno berjaya menangkap tubuh Yasmin yang nyaris jatuh. Setelah Yasmin siuman dari pengsan, Reno mengatakan bahawa dia bersedia membawa gadis itu ke tempat sahabat Rafa, asalkan Yasmin mahu menolong dirinya. Selepas menukar penampilan Yasmin, Reno lalu membawa Yasmin ke pesta ulang tahun Aqila, dengan memperkenalkan gadis itu sebagai kekasih Reno.
Tidak hanya Aqila, Rafa yang juga datang ke acara itu pun terkejut melihat sosok Yasmin bersama Reno. Sementara itu sejak bertemu dengan Yasmin, Reno sebenarnya sudah jatuh hati. Seiring waktu, cinta Rafa dan Reno kepada Yasmin ternyata terus berkembang. Sementara itu Yasmin yang jatuh cinta kepada Reno memutuskan untuk tidak membiarkan cintanya berkembang lantaran penyakit leukemia yang dialami Yasmin.

Keputusan Yasmin itu membuat Reno kecewa. Walaupun begitu, Reno pantang menyerah untuk mengejar cinta Yasmin. Di lain pihak, Rafa akhirnya menyatakan cinta pada Yasmin. Hingga suatu hari Rafa mengalami musibah kemalangan, sementara di satu sisi, Reno terkena serangan jantung. Baik Rafa mahupun Reno dirawat pada rumah sakit yang sama. Secara tidak sengaja, Yasmin mencari kad penderma jantung milik Rafa. Saat itu pula Yasmin mengalami dilema hebat. Di satu sisi dia harus menyelamatkan Reno, orang yang dicintai, di sisi lain Yasmin tidak mungkin mengorbankan Rafa, sahabatnya sendiri.

Belum sempat berbuat apa-apa, Yasmin harus pulang ke Indonesia kerana masa tinggalnya di Perancis sudah berakhir. Apa boleh buat, dengan membawa hati yang hancur, Yasmin pulang ke Tanah Air tanpa mengetahui nasib baik Rafa mahupun Reno. Sesampainya di Jakarta, Yasmin cuba menelefon Aqila. Sayang, tidak seorang pun mengangkat telefon dari Yasmin. Keruan saja ia bertambah bimbang teringat keselamatan Rafa dan Reno. Hingga suatu ketika, Yasmin bertemu Reno di Jakarta. Apakah kesudahannya?

Saksikan Love In Paris terbitan Screenplay Prduction ini akan bersiaran sebanyak 74 Episod bermula 13 Ogos ini,setiap isnin hingga Khamis, jam 2 petang menerusi Slot Sinetron di TV3.

Jumaat, 9 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri !

Walaupun saya updates raya kedua saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca E-One blog ini walaupun tidak ada pembaca yang jadi pengikut setia blog ini.

 
Maaf zahir dan batin dari saya , kalau ade salah silap dari saya di blog. Saya harap anda akan bekerjasama dengan blog ini untuk menjadi pengikut yang setia walaupun saya ni baru dalam dunia blogger...Semoga Raya Anda semua amat meriah sekali..Bye2

Rabu, 7 Ogos 2013

Episod Akhir Drama Demi Dia,Slot Akasia TV3

Hai, tidak lama lagi drama Demi Dia akan ke penghujungnya. Saksikan kesudahan drama lakonan Elfira Loy dan Zoey Rahman dalam Episod Akhir Demi Dia. Berikut tarikh dan sedikit synopsis episod akhir drama tersebut.
 

Sedikit sinopsis episod akhir:
Akhirnya Azura meninggal di pangkuan Zack buat selamanya. 2 hari akan menjelang hari raya Zack tidak sangka rayanya tidak bersama isterinya. Zack tidak boleh terima kenyataan dan membawa diri. Zack ingin bersendirian menjelang raya..
 
Selepas drama Slot Akasia, Demi Dia berakhir, Jangan lupa menyaksikan drama terbaru, Cinta Jannah lakonan Nelydia Senrose dan Aeril Zafrel bermula pada 14 Ogos, setiap isnin hingga khamis, jam 7 malam menerusi Slot Akasia di TV3.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Rancangan Anugerah Syawal Di Tv3

Hai, Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada 8hb Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H, TV3 meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik menerusi filem, telefilem, majalah & dokumentari, variasi, muzikal dan program kanak-kanak bertemakan ‘Anugerah Syawal’ sepanjang sambutan Hari Raya bermula 8hb Ogos hingga 24hb Ogos 2013 .Antaranya ialah


  1. Telefilem Setia Hujung Nyawa Raya (malam raya)
  2. Telefilem Karlos Bolos
  3. Ijab Dan Qabul
  4. Adnan Balik raya
  5. Abang Yong vs Kak Yong
  6. Apa Celop Toqq
dan banyak lagi sila. Anda juga boleh melihat rancangan menarik sempena Aidilfitri ini di lawan web berikut : http://www.tv3.com.my/happenings/events/Anugerah_Syawal.html . Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sinopsis Drama Derhaka Seorang Madu di Slot Azalea TV3

Hai, tidak lama lagi drama siri Hujan akan berakhir, saksikan buah tangan terbaru dari Azhari Zain manakala skrip Zakinah Ab. Zarith menerusi drama Derhaka Seorang Madu. Drama ini dilakonkan oleh Azhan Rani, Faradhiya, Lisdawati dan Aman Nassim.
(sumber gambar : Twitter Azhan Rani)
Sinopsis Drama :
Derhaka Seorang Madu mengisahkan seorang isteri bernama Hawa iaitu isteri pertama bersama dua anaknya iaitu Muaz dan Malissa diabaikan oleh Kamal, suami dan ayah kepada anak-anaknya. Selepas berkahwin dengan janda beranak satu iaitu Rozita, sikap Kamal mula berubah malah sentiasa menghabiskan masanya di rumah Rozita dan akan pulang ke rumah Hawa apabila perlu saja.

Muaz dan Malissa pula sudah biasa hidup tanpa ayah sejak mereka kecil lagi disebabkan pekerjaan Kamal sebagai pemandu lori yang memaksa dia bertugas ke luar daerah berhari-hari lamanya. Dalam masa yang sama, mereka lebih suka jika Kamal tiada di rumah disebabkan sikap panas baran Kamal, yang sentiasa melepaskan kemarahan kepada ibu mereka, malah turut menjadi mangsa sepak terajang Kamal hanya disebabkan perkara kecil.

Namun Hawa sentiasa menasihati anak-anaknya agar tidak membenci Kamal. Selepas berhenti kerja, Hawa terpaksa membuat kuih muih untuk jualan, untuk menampung perbelanjaan dia anak beranak serta ibu mentuanya, Mak Tok (ibu Kamal) yang tinggal bersamanya kerana Kamal sentiasa tidak menghulurkan nafkah perbelanjaan kepadanya. Bukan itu saja, dia juga terpaksa menanggung hutang bank, pinjaman peribadi.

Kamal seakan lupa tentang bayaran balik pinjaman tersebut, menyebabkan Hawa yang terpaksa menanggung beban.


Jangan lupa saksikan Drama 20 episod ini bermula pada 19 Ogos 2013 ,setiap  hari Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di Slot Azalea TV3.

Khamis, 1 Ogos 2013

Sinopsis Telemovie Raya Karlos Bolos Di TV3

telemovie khas sempena sambutan Aidilfitri ‘Karlos Bolos’ bakal meneruskan kesinambungan dari drama siri slot Aksi ‘Karlos’. Namun kisah yang akan ditampilkan ini bukanlah sequel dari penamat drama siri lalu tetapi prekuel di mana Karlos dan Kenji pernah meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. 
 
Menerusi produksi Frontrow Pictures Sdn Bhd, sutradara Feroz Kader sekali lagi bekerjasama dengan penulis skrip, Sofia J Rhyland. Menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir, telemovie ‘Karlos Bolos’ ini menemui penonton pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam.


Sinopsis :
Kisah bermula setelah 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Artikel yang dipaparkan adalah mengenai seorang artis yang diberkas kerana mabuk di kelab malam. Yang diperhatikan oleh Kenji sebenarnya adalah gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana.
Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak. Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella jika dia tidak memenuhi kehendak mereka.

Kenji mengarahkan Ella untuk memandu terus ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Ella bukanlah seorang yang bodoh, dia secara rahsia telah menghubungi pihak polis menerusi aplikasi my distress alert di telefon bimbitnya. Walaupun tidak bercakap tetapi pihak polis mengetahui apa yang sedang berlaku dan mereka cuba mengesan nombor telefon Ella.

Tindakan Ella berjaya dikesan oleh Kenji yang kemudiannya merampas telefon bimbit Ella. Suasana menjadi lebih tegang apabila Ella bertindak memandu kereta dengan laju. Harapan Ella agar kamera Automated Enforcement System (AES) dapat merakam atau polis trafik akan mengesannya. Kenji sedar dan dia cuba mengawal stering hingga kereta mereka terbabas.

Pada waktu yang sama, kehilangan Karlos dan Kenji disedari oleh ketua dorm ketika melakukan dorm inspection. Ketua dorm memaklumkan kepada warden seterusnya berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan mencari dua remaja ini dikerah, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memberi maklumat kepada pihak polis. Inspektor Mahadhir yang pernah menangkap Karlos dan Inspektor Azi (Rusdi Ramli) yang pernah menangkap Kenji berpadu untuk memburu dua pelatih Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima ini.

Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka? Nantikan ‘Karlos Bolos’ pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam di TV3!

E-One: Jika terlepas menyaksikan telemovie ini di televisyen, penonton juga boleh menonton menerusi ‘catch-up TV’ dalam tempoh 14 hari menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here