Isnin, 9 Disember 2013

Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Astro Mustika HD

Hai, pelakon Sharnaaz akan digandingkan bersama Nelydia Senrose dalam sebuah drama terbaru adaptasi novel terlaris, Bukan Kerana Aku Tak Cinta nukilan E- Man Sufi. Drama ini diarahkan oleh Jamak Khan manakala Skrip oleh Rozie Rashid dan Chinta Nadeesha akan ditayangkan sebanyak 60 episod di Astro Mustika HD. Berikut preview novel tersebut.
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Para Pelakon : Nelydia Senrose (Hannah Mastura), Sharnaaz Ahmad (Jebat), Iqram Dinzly (Aryan), Lisdawati (Hannah Maryam), Mak Wan (Makcik Sarimah), Alex Yanx (Uwais Ukashah

Sinopsis Drama  :
Hannah Maryam memutuskan agar Mastura dan Jebat dikahwinkan dengan segera supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. Dengan keputusan ini juga membuatkan Aryan nak berang. Jebat rasa rendah diri untuk menerima keputusan dari isteri majikannya. Jebat takut Mastura tidak dapat menerima dirinya yang bertatu dibadannya yang berbentuk kepala Naga.

Atas pujukan Uwais, Jebat menerima Mastura sebagai isterinya. Dihari perkahwinan Jebat dan Mastura , Jebat didatangi Tiger dan Eirin yang tidak diundang. Jebat takut kehadiran Eirin dan Tiger akan membongkar rahsia silamnya. Eirin yang sakit hati kerana cintanya tidak pernah berbalas oleh Jebat. Eirin tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Jebat kembali walaupun dia tahu Jebat kini sudah berkahwin.
Kerana Eirin juga cerita-cerita jebat terbongkar sedikit demi sedikit. Hingga Mastura mendesak Jebat agar tidak berahsia apa-apa. Jebat menceritakan segalanyanya pada Mastura.

Saat Jebat membuka baju dan menunjukkan tatu dibadannya Mastura tidak dapat menerima Jebat. Perang dingin berlaku yang agak lama. Mastura cuba melarikan diri dari bercakap dan bertembung dengan Jebat. Demi permintaan Mastura untuk membuang tatu dibadan Jebat. Jebat nekad untuk membuangnya walaupun akibatnya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat.

Rahsia kemalangan Hannah Maryam beberapa tahun dulu hingga mengakibatkan Hannah Maryam keguguran terbongkar. Walaupun Jebat telah membatalkan niat untuk melakukan dan mengembalikan wang yang diterima dari Tengku Muiz tetapi tugas itu dilaksanakan juga oleh Tiger. Hannah Maryam kesal kerana suaminya merahsiakan dari pengetahuannya.
Umpama The Beauty And The Beast
Dalam kekeruhan itu Inspektor Aryan mengambil peluang memisahkan Mastura dan Jebat. Inspektor Aryan tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Mastura kembali. Dengan kuasa yang disalah gunakan Inspektor Aryan menangkap Jebat atas sabit cubaan membunuh Hannah Maryam. Jebat direman seminggu. Polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan Jebat bebas dari tuduhan itu dengan pertolongan Tiger dan uncle Bujang papa Eirin. Inspektor Aryan tidak berpuas hati dengan berita itu.

Dia juga menyuruh Tok Ayah mengambil pengawal peribadi untuk menjaga rumah bagi mengelakkan penjenayah masuk kerumah Tok ayah. Kerana tak mahu anak saudaranya terus di caci Uncle Bujang membongkar satu rahsia yang disimpan belasan tahun dulu. Sebenarnya Uncle Bujang dan Jebat telah menyelamatkan Hannah Maryam ketika papa dan mama mereka dalam satu kemalangan dulu. Uncle Bujang mengharapkan agar Jebat dilayan baik dalam keluarga Tok Ayah.

Jangan memandang pada kesilapan yang lalu tetapi pandang apa yang ada sekarang. Eirin terus berdendam pelbagai cara untuk mendapatkan Jebat hanya sia-sia. Dalam satu pergelutan Eirin tertembak Jebat tanpa sengaja. Selepas kejadian itu Eirin menjadi gila kerana terlalu tertekan. Jebat lelaki yang sukar melafazkan kata cinta kini akur dengan cinta sejatinya.

Disini ada opening montage drama BKATC.
Jangan lupa saksikan drama (Pena Creative Pictures) adaptasi novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta menggantikan Drama Jodoh Itu Milik Kita, akan ditayangkan pada 9 Disember 2013, setiap isnin hingga rabu,  jam 10 :30 malam di Astro Mustika HD.

4 ulasan:

  1. e-one follow la saya pulak... :) >> Iyka The Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay btw thanks follow my blog..selamat berkenalan :)

      Padam
  2. mohon copy sinopsisnya boleh? btw.. blogwalking and follow here :)
    find me at http://mydreamhigh123.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer no problem....okay I will follow :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here