Sabtu, 24 Ogos 2013

Drama Mira Sofea mulai 26 ogos di Astro Prima

Hai, saksikan sebuah lagi drama terbaru arahan Along  Kamaludin menerusi drama Mira Sofea yang dibintangi Chacha Maembong, Ryzal Jaafar, Shaanaz Ahmad. Buat kali pertama Chacha pegang watak utama. Drama ini akan mula pada 26 Ogos ini di Astro Prima.


Sedikit sinopsis drama :
Mira yang merupakan seorang pelajar kelas masakan di kolej. Dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Dia rapat dan terlalu sayangkan ibunya. Mira juga digilai Ryan dan akibat menolak pinangan Ryan dia menerima pelbagai masalah dan mendapat nasib buruk sebelum bertemu kebahagiaan. Dia seorang yang tabah.

Ryan yang merupakan anak taukeh ikan bilis berjaya sehingga menyebabkan dia menjadi lelaki yang mementingkan diri. Ryan gemar menghabiskan duit keluarga dan pada masa yang sama, dia gilakan Mira. Dia menggunakan segala taktik dan cara untuk mendapatkan Mira. Dia juga angkuh, suka ambil kesempatan, tidak boleh terima jawapan 'tidak' serta akan menggunakan orang lain untuk mencapai impiannya.
 
Azlan yang pulang bekerja di luar negara. Dia merupakan seorang lelaki yang baik, penyayang, tekun, menghormati orang tua dan kuat pegangan agama.
 
Selain mereka, turut berlakon ialah Salina Saibi, Ku Fridah, dan Sharifah Shahora. Jangan lupa saksikan drama (Orange Three Production) 28 episod mulai 26 Ogos ini, 5 petang di Astro Prima (105).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here