Jumaat, 2 Ogos 2013

Sinopsis Drama Derhaka Seorang Madu di Slot Azalea TV3

Hai, tidak lama lagi drama siri Hujan akan berakhir, saksikan buah tangan terbaru dari Azhari Zain manakala skrip Zakinah Ab. Zarith menerusi drama Derhaka Seorang Madu. Drama ini dilakonkan oleh Azhan Rani, Faradhiya, Lisdawati dan Aman Nassim.
(sumber gambar : Twitter Azhan Rani)
Sinopsis Drama :
Derhaka Seorang Madu mengisahkan seorang isteri bernama Hawa iaitu isteri pertama bersama dua anaknya iaitu Muaz dan Malissa diabaikan oleh Kamal, suami dan ayah kepada anak-anaknya. Selepas berkahwin dengan janda beranak satu iaitu Rozita, sikap Kamal mula berubah malah sentiasa menghabiskan masanya di rumah Rozita dan akan pulang ke rumah Hawa apabila perlu saja.

Muaz dan Malissa pula sudah biasa hidup tanpa ayah sejak mereka kecil lagi disebabkan pekerjaan Kamal sebagai pemandu lori yang memaksa dia bertugas ke luar daerah berhari-hari lamanya. Dalam masa yang sama, mereka lebih suka jika Kamal tiada di rumah disebabkan sikap panas baran Kamal, yang sentiasa melepaskan kemarahan kepada ibu mereka, malah turut menjadi mangsa sepak terajang Kamal hanya disebabkan perkara kecil.

Namun Hawa sentiasa menasihati anak-anaknya agar tidak membenci Kamal. Selepas berhenti kerja, Hawa terpaksa membuat kuih muih untuk jualan, untuk menampung perbelanjaan dia anak beranak serta ibu mentuanya, Mak Tok (ibu Kamal) yang tinggal bersamanya kerana Kamal sentiasa tidak menghulurkan nafkah perbelanjaan kepadanya. Bukan itu saja, dia juga terpaksa menanggung hutang bank, pinjaman peribadi.

Kamal seakan lupa tentang bayaran balik pinjaman tersebut, menyebabkan Hawa yang terpaksa menanggung beban.


Jangan lupa saksikan Drama 20 episod ini bermula pada 19 Ogos 2013 ,setiap  hari Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di Slot Azalea TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here