Selasa, 13 Ogos 2013

Sinopsis Drama Cinta Jannah mulai 14 Ogos di Slot Akasia TV3

Hai, sebuah tangan terbaru Sutradara Azmi Hatta menerusi drama Cinta Jannah yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Aeril Zafrel ini bakal bermula pada 14 Ogos menggantikan drama Demi Dia. Drama terbitan Orangethree ini akan menghiasi Slot Akasia sebanyak 24 episod.

Para Pelakon : Nelydia Senrose (Nur Jannah), Aeril Zafrel (Izaryl), Ramona Zam Zam (Damia), Reen Rahim (Balqis), Dian P.Ramlee (Tengku Zareena) dan Saharuddin Thamby (Abdullah),Ezany Nizariff (Suffian),Fadzillah Mansor dan Kartina Aziz.
Lagu Tema : Angin Syurga - Misha Omar

Sinopsis :
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Nur Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.


Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
 

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P. Ramlee), berasa amat marah.


Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.  Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? 


Untuk pengetahuan anda semua, Drama Syurga Tanpa Bidadari telah ditukar tajuknya menjadi Cinta Jannah. Saksikan drama bersiri 24 episod, Cinta Jannah menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, di TV3.Mampukah drama Cinta Jannah lakonan Nelydia menandingi drama sebelumnya, Setia Hujung Nyawa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here