Rabu, 24 Julai 2013

Sinopsis Telemovie Setia Hujung Nyawa Raya di Anugerah Syawal TV3

Hai, Telemovie Khas sempena Aidilfitri Setia Hujung Nyawa Raya bakal meneruskan kesinambngan drama bersiri Slot Akasia, Setia Hujung Nyawa yang adaptasi novel.Antara  yang membintangi telemovie ini ialah Nelydia Senrose,Amar Asyraf, Anzalna Nasir, Aedy Ashraf, Ruminah Sidek dan ramai lagi.
Sedekit Sinopsis :
Setia Hujung Nyawa - Raya mengisahkan kisah pasangan suami isteri, Zain (Amar) dan Ersalina atau El (Nelydia) yang julung kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai suami isteri.

El menjadi lebih mengada-ngada apabila dia kini hamil tujuh bulan. Pada bulan puasa ini, El semakin malas melakukan kerja rumah, lebih-lebih lagi kakinya semakin membengkak kerana mengandung. Zain terpaksa membuat pelbagai kerja rumah.

Suami isteri ini terpaksa pulang ke desa untuk beraya bersama nenek mereka (Ruminah Sidek) kerana ibu bapa mereka mengerjakan umrah.

Kisah mereka dipaparkan dalam bentuk komedi disamping banyak isu rumah tangga yang boleh kita semua jadikan pengajaran.

Semoga Anda semua menonton Telefilem ini selepas popular dekat slot Akasia Tv3, Setia Hujung Nyawa  yang diminati ramai peminat drama ini.Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem ini pada 7 Ogos ,jam 9 hingga 11 malam sempena Aidilfitri nanti di TV3 (Anugerah Syawal).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here

Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Ariana Rose (The Wedding Breaker)
Drama Adaptasi Novel