Rabu, 9 Oktober 2013

Sinopsis Drama AKU , slot Aksi TV3

Hai, selepas berakhirnya drama Dewi Lasak pada 2 Oktober lalu, anda akan menyaksikan drama bertaru , AKU. Turut bersama berlakon ialah Nubhan, Shera Iskandar, Izdham Ismail, Shenthy Feliziana dan Liza Abdullah. Drama ini akan bermula pada 9 Oktober di Slot Aksi TV3.

Nubhan
 
SINOPSIS DRAMA AKU :
Suasana di dalam stadium cukup meriah dengan sorakan peminat. Acid (Nubhan) yang berada di tengah pentas berdebar-debar menantikan keputusan juri. Bila pengacara mengumumkan Acid memenangi pertandingan tersebut, dia melompat kegembiraan. Dia terkejut mendengar suara jeritan wanita, rupanya dia bermimpi dan suara yang didengari ialah suara Mak Siah.

Cuaca panas di Kampung Buah Pala. Ramai yang sedang beratur untuk membeli cendol dan pasembor, di warung kepunyaan Mamu Razak dan dibantu oleh anaknya Badru (Hairi Safwan). Walaupun perniagaan mereka agak maju, namun, Mamu Razak telah membuat pinjaman dengan kumpulan Ah Long.

Faris (Idzham Ismail) memulakan tugasnya sebagai mekanik di bengkel yang terletak di kawasan Chow Kit. Tugasnya setiap hari bukan membaiki motorsikal, tetapi sekadar ‘melepak’ disebabkan perniagaan bengkel tersebut agak malap. Melihat keadaan itu, dia telah mendapatkan khidmat bomoh, untuk melariskan perniagaan.

Apa kesudahannya? Jom kita tonton drama siri AKU malam ini, jam 9 malam, di Slot AKSI, TV3 Malaysia. (SUMBER : Excellentpictures.com.my)
 
Drama yang akan bersiaran sebanyak 13 episod ini bakal menggantikan drama 'Dewi Lasak' pada hujung bulan September 2013 nanti menerusi Slot Aksi di TV3.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here

Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Ariana Rose (The Wedding Breaker)
Drama Adaptasi Novel