Isnin, 4 Mac 2013

Drama Kampung Girl akan datang Di Slot Lestary Tv3

Hai, sebuah lagi drama terbaru yang diadaptasi dari Novel Kampung Girl karya Umi Kalsom.Tajuknya Kampung Girl juga bakal ditayangkan di Slot Lestary Tv3.Antara pelakon dalam drama ini ialah Nad Zainal (Ainnur Azmi), Akim Ahmad (Ashraff khairi), Emma Maembong (Anisa) dan ramai lagi.


Sinopsis Dari Novel Kampung Girl :

Mengisahkan Ashraf Khairi dipaksa berkahwin dengan Ainnur Azmi,sepupunya yang tinggal dikampung. Ashraf yang dibesarkan di bandar dan mempunyai pekerjaan yang bagus dan boleh dibanggakan terlalu taksub dengan dunia bandar.

Ashraf juga anak yang akur dengan keluarga menerima cadangan keluarganya walaupun hati memberontak enggan dikahwinkan oleh pilihan keluarganya. Ainnur anak adik pada mummy Ashraf sentiasa rela dikahwinkan dengan Ashraf kerana Ashraf adalah insan pertama yang dicintai sejak kecil dibangku sekolah lagi.

 

Kerana keangkuhan Ashraf membuat Ainnur nekad belajar bersungguh- sungguh sampai ke luar Negara tanpa pengetahuan Ashraf. Ashraf memandang rendah pada Ainnur kerana Ainnur seorang budak kampung dan tidak berpelajaran.

Selepas majlis perkahwinan mereka segala rahsia terbongkar dalam sekelip mata. Ashraf malu dan rasa dirinya tertipu selama ini Ainnur bukan perempuan yang disangkakan. Ashraf rasa dirinya tergugat dengan kehadiran Faisal. Ashraf menjadi buntu . Dengan bantuan rakan Ashraf, Ashraf cuba memikat hati Ainnur .
(sumber : Bila EizzaraEizzaty Ke Dunia Novel )

Drama ini bakal ditayangkan pada awal bulan Oktober 2013 di slot Lestary Tv3.Terdapat 2 lagu drama terbaru untuk slot Lestary Tv3 iaitu Asmara Luna,Kisah Cinta dan Diandra .Semakin banyak drama diadaptasi dari novel !! Setakat sini saja la info yang iwan dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here

Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Ariana Rose (The Wedding Breaker)
Drama Adaptasi Novel