Khamis, 7 Februari 2013

Drama Terbaru Teduhan Kasih akan datang Slot Akasia Tv3

Hai,drama terbaru yang bertajuk Teduhan Kasih merupakan drama yang diadaptasikan dari novel Teduhan Kasih karya Marissa.Antara pelakon utamanya ialah Sherry Ibrahim,Adi Putra,Shah Iskandar dan Nabila Huda.



Antara babak dalam Teduhan Kasih!Nabila Huda dan Shah Iskandar.
(sumber gambar : Twitter Sherry Ibrahim)
Sinopsis Dari Novel :

Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam . Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa  terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.



Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat.  Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.(Sumber : Bila Eizzara Eizzaty Ke Dunia Novel)

Selain mereka turut berlakon Liza Abdullah dan Talha Harith.Drama masih lagi dalam pengambaran.Drama bersiri 28 Episod ini dijangka akan tayang pada hujung bulan Mac di Slot Akasia Tv3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here

Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Ariana Rose (The Wedding Breaker)
Drama Adaptasi Novel