Jumaat, 9 November 2012

ASK 2012 : Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2012

Hai, Semalam telah berlangsungnya Anugerah Skrin (ASK) ke-14 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Secara umumnya anugerah penuh berpestij ini telah mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman, serta 2 Anugerah Khas iaitu ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ dan ‘Anugerah Artis Harapan Pentene.’
Sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam industri filem tempatan, pihak ASK sekali lagi menyampaikan anugerah khas juri yang dikenali sebagai ‘Anugerah Yasmin Ahmad.’ Antara selebriti yang pernah merangkul anugerah ini adalah Jaclyn Victor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.
Pada dasarnya, setiap individu yang tercalon pasti mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tesendiri. Oleh itu, mari ikuti senarai penuh pemenang untuk ASK 2012 selepas ini :
Lakon Layar Terbaik Filem
Dain Iskandar Said – filem Bunohan
Lakon TV Terbaik
Drama TV3 –  Di Telapak Kaki Bonda
Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang, TV3 – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik
Berita TV9 – Bom Jangka
Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (ep. 1)
Anugerah Artis Harapan Pantene
Putri Balqis – Pelarian
Rancangan Bual Bicara Terbaik
BELLA : Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron – Parit Jawa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis – Di Telapak Kaki Bonda
Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani – Ombak Rindu
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Syafie Naswip – Songlap
Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin – Ombak Rindu
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam – Songlap
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi – Rambu Solok
Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek – Parit Jawa
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar – Gincu Ayah
Pengarah Terbaik Filem
Fariza Azlina/Effendee Mazlan – Songlap
Pengarah Terbaik Drama
Kabir Bhatia – Di Telapak Kaki Bonda
Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik
Jangan Ambil Padang Kami
Filem Terbaik
Bunohan – Apparat Sdn Bhd
Drama Terbaik
Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terkini...

get this widget here

Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Ariana Rose (The Wedding Breaker)
Drama Adaptasi Novel